Kalkulator Zakat Dalam Talian
Islamic Finder menyediakan kepada anda kaedah pengiraan Zakat ke atas aset
milik anda selangkah demi selangkah.
Langkah 1: Masukkan Nilai Nisab dalam mata wang tempatan anda.
Mengikut perundangan Shariah, Nisab adalah jumlah minimum yang dimiliki
seseorang selama lebih setahun untuk dikenakan kewajipan membayar Zakat. Anda
boleh mengira nisab dalam bentuk emas atau perak. Nisab standard bagi Perak
adalah 21 auns perak (612.36 gram) atau bersamaan nilainya dalam wang tunai. Nisab
standard bagi Emas pula adalah 3 auns emas (87.48 gram) atau bersamaan nilainya
dengan wang tunai. (Nota: Periksa nilai emas dan perak dalam mata wang tempatan
anda)
Langkah 2: Masukkan kuantiti Emas dan Perak yang anda miliki lebih
daripada satu tahun dan harga setiap 10 gram dalam mata wang tempatan anda.
Setiap jenis (dalam karat) emas yang anda miliki mesti dimasukkan secara
berasingan kerana nilainya adalah berlainan.
Langkah 3: Untuk langkah ini, masukkan nilai wang tunai, harta dan
saham dalam milikan anda yang berusia lebih daripada setahun kerana zakat juga dikenakan
ke atasnya.
Langkah 4: Dalam langkah terakhir ini, anda perlu memasukkan
hutang-hutang dan liabiliti anda, bayaran yang perlu anda buat, dan
hutang-hutang yang perlu anda beri. Jumlah ini akan ditolak daripada aset/pemilikan
dalam pengiraan terakhir untuk menentukan kewajipan zakat ke atas anda.
Langkah 5: Selepas langkah-langkah di atas tamat, satu rumusan akan
muncul di mana ia akan memberitahu anda sama ada anda layak untuk membayar
zakat, dan sekiranya anda layak, jumlah zakat yang anda perlu bayar juga
muncul. Zakat yang perlu dibayar ialah 2.5% daripada keseluruhan pemilikan.
Anda juga diberikan pilihan untuk mencetak rumusan ini sebagai rekod bayaran
zakat setiap tahun.
Satu lagi zakat yang wajib ke
atas umat Islam ialah Zakat Fitrah atau turut dikenali sebagai Sedekah Fitrah.
Perkataan Fitr mempunyai maksud yang sama dengan Iftar iaitu berbuka puasa dan berasal
daripada perkataan yang sama dengan Futoor yang bermaksud sarapan. Oleh itu,
menurut Islam, Zakat Fitrah merupakan nama yang diberi kepada sedekah yang diagih-agihkan
ketika meenghampiri penghujung Ramadan. Jumlah Zakat adalah sama untuk semua
orang dan tidak mengira perbezaan dalam kategori pendapatan. Jumlah minimum
ialah satu Saa (dua genggam) makanan, biji-bijian seperti beras atau
buah-buahan kering bagi setiap ahli dalam keluarga. Pengiraan ini adalah
berdasarkan kepada riwayat oleh Ibn Umar bahawa Nabi SAW menjadikan Zakat
Fitrah sebagai wajib dan perlu dibayar dengan satu Saa kurma kering atau satu
Saa’ barli. Seorang sahabat, Abu Saeed al-Khudree berkata,
“Ketika zaman Rasulullah, kami
memberikan (Zakat Fitrah) dalam bentuj satu Saa makanan, kurma kering, barli, kismis
atau keju kering.” (al-Bukhari – Bahasa
Arab/Inggeris vol. 2, p. 340, no. 582)