Penafian

Kami melakukan banyak usaha untuk menentusahkan semua maklumat di IslamicFinder.org. Jika anda menemui sebarang kandungan yang tidak sesuai (atau pautan kepada kandungan yang tidak sesuai), sila  hubungi kami.

LOKASI

Sila masukkan nama lokasi semasa anda
Sila masukkan nilai latitud longitud yang betul
Sila masukkan zon waktu
Sila pilih tarikh mula penyimpanan siang
Sila masukkan tarikh akhir penyimpanan siang
PENGIRAAN SOLAT

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

kami untuk pengalaman lebih pantas dan kemaskini harian.

×

Aidiladha 2024

Aidiladha 2024


Bilakah Hari Raya Aidiladha 2024?

 

Aidiladha 2024 atau Bakra Eid 2024 dijangka akan disambut pada hari Ahad, 16 Jun, 2024. Ini adalah tarikh sementara memandangkan tarikh sebenar bergantung pada penampakan bulan Zulhijjah 1445, iaitu bulan ke-12 dan terakhir dalam Kalendar Islam




Apakah Aidiladha?


Aidiladha ialah perayaan yang disambut di kalangan umat Islam di seluruh dunia bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim (A.S.) yang dilakukan kerana keteguhan imannya kepada Allah.

 

 

Ibrahim (AS) telah menunjukkan kesanggupan untuk mengorbankan Nabi Ismail (A.S.) tetapi anak lelakinya itu telah digantikan dengan seekor biri-biri oleh Allah. Allah sangat gembira dengan penyerahan Ibrahim (A.S.) kepadaNya sehingga Dia menjadikan tindakan pengorbanan dan keimanan itu sebagai satu bahagian tetap dalam kehidupan seorang Muslim. Peristiwa ini dinyatakan di dalam Al-Quran - Surah As-Saffat (37:102).

 

 

Oleh itu, pada 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha. Pada hari ini, umat Islam menyembelih biri-biri, kambing, atau unta bagi memberi penghormatan kepada pengorbanan Nabi Ibrahim (AS).

 

 

Kedua-dua AidilFitri dan Aidiladha mempunyai erti yang besar dalam Islam sebagaimana dijelaskan di dalam hadis Nabi Muhammad (S.A.W.) yang berikut:

 

Allah telah memberikan kamu sesuatu yang lebih baik daripada perayaan-perayaan itu (perayaan orang tidak beriman): Aidiladha dan Aidilfitri.’”

(An-Nasai: 1556)

  

 

Berpuasa pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri adalah dilarang sama sekali sebagaimana dinyatakan di dalam hadis oleh Nabi (S.A.W.) kesayangan kita:

 

"Tiada puasa yang diizinkan pada dua hari Aidilfitri dan Aidiladha.”

(Sahih Bukhari: 1995)





10 hari pertama Zulhijjah:

 

Zulhijjah adalah satu daripada empat bulan suci dalam Kalendar Islam dan 10 hari pertama bulan ini  merupakan hari-hari yang dipilih oleh Allah sebagai hari-hari terbaik setiap tahun.

 

(Surah At Taubah 9:36)

(Sahih Bukhari: 3197)

(Surah Al-Fajr 89:1-2)

 

1- Terdapat banyak Hadis dan ayat Al-Quran yang menunjukkan penekanan terhadap melakukan amalan kebaikan semasa hari-hari yang dirahmati ini. Nabi Muhammad (S.A.W.) bersabda:

 

Tiada amalan kebaikan dilakukan pada hari-hari lain yang lebih baik daripada yang dilakukan pada hari-hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah).’”

(Sahih Bukhari: 969)

  

2- Upacara Haji dimulakan semasa 10 hari pertama Zulhijjah (dari hari ke-8 sehingga hari ke-13).

 

3- Berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) adalah Sunnah yang sahih oleh Nabi Muhammad (S.A.W.) kesayangan kita tetapi hanya untuk mereka yang tidak mengerjakan Haji. Berpuasa pada hari ini merupakan pengampunan selama dua tahun(Ibn Majah: 1731)

 

4- Aidiladha disambut semasa 10 hari ini (10 Zulhijjah) dan haiwan dikorbankan pada hari-hari 10hb sehingga 13hb.

 

5- Hari Tashriq bermula pada 9 Zulhijjah (9hb sehingga 13hb) dan hari-hari ini adalah hari makan dan minum. Semasa hari Tashriq, adalah satu keperluan bagi setiap Muslim (lelaki atau wanita, sama ada solat berjemaah atau bersendirian) untuk melaungkan takbir (Takbir Tashriq) sejurus selepas setiap solat wajib (fardu) iaitu dari solat Fajr pada 9hb Zulhijjah sehingga solat Asar pada 13hb Zulhijjah. Oleh itu, takbir-takbir ini berlangsung selama 5 hari, dan 23 solat.




Sambutan Hari Raya Aidiladha:


Muslim di seluruh dunia menyambut Aidiladha selama dua hingga empat hari (bergantung pada negara masing-masing). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa Sunnah yang harus diikuti oleh setiap umat Islam semasa menyambut perayaan hebat ini.

 

 

Sunnah Hari Raya Aidiladha dan solat Hari Raya: 


1- Bangun awal pagi.

 

2- Gosok gigi dengan Miswak atau berus.

 

3- Mandi.

 

4- Anda harus memakai pakaian terbaik anda pada hari ini. 

 

5- Memakai minyak wangi.

 

6- Tidak makan sebelum solat Hari Raya.

 

7- Melaungkan Takbir Tashriq dengan suara yang kuat semasa pergi bersolat Hari Raya.


 

اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allaahu akbar, Allaahu akbar, Allahu akbar laa ilaaha ill-Allaah, wa Allaahu akbar, Allaah akbar, wa Lillaah il-hamd

(Allah Maha Besar, Allaah Maha Besar, Allah Maha Bear tiada tuhan melainkan Allaah, Allaah Maha Besar, Allaah Maha Besar, dan segala pujian kepada Allah)

 (Irwa Al Ghalil: 3 / 125)


 

8- Mendengar Khutbah selepas menunaikan solat Hari Raya. (An-Nasai: 1517) 

 

9- Gunakan jalan-jalan yang berlainan semasa pergi ke masjid dan semasa pulang selepas menunaikan solat Hari Raya. (Sahih Bukhari: 986)

 

 


Solat Hari Raya:


Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan hukum mengerjakan solat Hari Raya. Namun begitu, semua umat Islam harus menghadiri kedua-dua solat Hari Raya kerana kebanyakan ulama, berdasarkan pada bukti asas yang kukuh, sepakat berpendapat bahawa ia adalah Wajib. Selain daripada solat, khutbah Hari Raya (selepas solat Hari Raya) juga telah dijadikan bahagian penting semasa pertemuan dan solat ini.


1- Waktu solat Hari Raya bermula dari semasa matahari berada pada tiga meter di atas horizon sehingga matahari mencapai meridian. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk menunaikan solat pada awal pagi selepas matahari terbit. (Abu Dawud: 1135) 

2- Solat Hari Raya dilakukan tanpa sebarang ‘Iqmah’ atau ‘Athan’. [Sahih Muslim: 885 (b)]

3- Solat Hari raya terdiri daripada dua rakaat (solat dua rakaat) semasa Tabkeer (Allah-u-Akbar) disebut sebanyak tujuh kali. (Abu Dawud: 1149) 

4- Perkara yang lain di dalam solat Hari Raya adalah sama seperti solat lain yang dilakukan setiap hari.

5- Selepas siap bersolat, sunat (beberapa ulama mengatakan bahawa ia adalah Wajib) untuk mendengar Khutbah selepas solat Hari Raya. Jadi, selepas menyudahkan solat Hari Raya, umat Islam harus duduk mendengar khutbah Imam sehingga selesai.

 Selepas mendengar khutbah, umat Islam mengucapkan tahniah kepada satu sama lain dengan ucapan seperti ‘Selamat Hari Raya’, dan عيد مبارك dll. Tetapi Ucapan Hari Raya  yang paling biasa diucapkan oleh umat Islam kepada rakan-rakan dan umat Islam yang lain ialah ‘Selamat Hari Raya’.




Korban Haiwan:

Mengorbankan haiwan atau Qurbani pada Hari Raya Aidiladha adalah sunnah sahih yang bukan sahaja oleh Nabi Ibrahim (A.S.). malah juga oleh Nabi Muhammad (S.A.W.) kesayangan kita. Walau bagaimanapun, beberapa Ulama berpendapat bahawa ia adalah ‘Wajib’.

 

Mengorbankan lembu adalah penyembahan terhebat kepada Allah dan ini membawa mereka yang melakukan korban menjadi semakin dekat denganNya.

 

Abu Hurairah (R.A.) meriwatkan bahawa Nabi (S.A.W.) bersabda:

 

Barangsiapa mampu melakukannya [korban], tetapi tidak melakukan korban, jangan biarkan dia menghampiri tempat solat kita.”

(Ibn Majah: 3123)

 

Hadis dengan jelas menyatakan kepentingan korban dan ia juga merupakan amaran kepada umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melakukan korban pada Hari Raya Aidiladha tetapi tidak melakukan sunnah hebat ini disebabkan oleh alasan-alasan lemah atau alasan keduniaan yang lain.

 

 

Peraturan Korban:  

Sesiapa yang berniat untuk menyembelih haiwan pada Aidiladha, mestilah mematuhi peraturan-peraturan tertentu yang diberikan dibawah:


1- Mengorbankan haiwan pada Aidiladaha hanya boleh dilakukan semasa tarikh-tarikh tertentu sahaja cthnya selepas solat Hari Raya (10hb  Zulhijjah) dan sebelum matahari terbenam iaitu pada 13hb Zulhijjah. Mereka yang tidak mengikuti tarikh-tarikh ini, maka amalan korbannya adalah tidak sah. (Sahih Bukhari: 5545 and Sahih Muslim: 1141) 


2- Haiwan yang hendak dikorbankan mestilah haiwan-haiwan yang dibenarkan oleh Shariah, iaitu Unta, Lembu, Biri-biri, dan Kambing. (Surah Hajj 22:34 and Surah Al-Anaam 6:143)

 

3- Biri-biri dan kambing digunakan sebagai penyerahan tunggal dan cukup untuk satu isi rumah. Manakala unta atau lembu boleh dikongsi dengan tujuh orang. [Sahih Muslim: 1318(a) and 1961(a)]

 

4- Haiwan yang hendak dikorbankan mestilah haiwan dewasa dan mestilah telah mencapai usia yang ditetapkan dalam Shariah.

  • Kambing, sama ada jantan atau betina, sekurang-kurangnya berusia satu tahun.
  • Biri-biri, sama ada jantan atau betina, sekurang-kurangnya berusia enam bulan.
  • Lembu, lembu jantan, kerbau sekurang-kurangnya berusia dua tahun. 
  • Unta, jantan atau betina, sekurang-kurangnya berusia lima tahun.

 

5- Haiwan tersebut mestilah sihat dan mestilah bebas daripada kecacatan yang jelas. (Saheeh Al-Jami: 886)

 

6- Orang yang melakukan korban mestilah hanya mempunyai satu niat sahaja cthnya melakukan korban dengan nama Allah. Haiwan tersebut juga mestilah miliknya sepenuhnya (ia bukan dicuri atau diambil secara paksa atau milikan bersama atau dalam cagaran).

 

7- Seseorang yang berniat untuk melakukan korban mestilah tidak menanggalkan sebarang rambut, kuku atau kulit dari bermula terbenamnya matahari pada hari terakhir Zulkaedah sehinggalah korban dijalankan pada Hari Raya. (Ibn Majah: 3150)

 

8- Haiwan tersebut mestilah disembelih dengan tangannya sendiri bagi memenuhi Sunnah.  Namun begitu, jika dia tidak mampu melakukannya, maka dia boleh melantik seseorang untuk melakukannya bagi mewakili dirinya. Tetapi penyembelihan/korban itu hendaklah disaksikan oleh orang lain. (Sahih Bukhari: 5554)

 

9- Menyebut nama Allah dan melaungkan Takbeer (Bismillah, Allahu Akbar) semasa menyembelih haiwan tersebut. (Sahih Bukhari: 5558)

 

10- Ramai ulama sependapat bahawa daging haiwan yang dikorbankan haruslah dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga untuk orang yang melakukan korban tersebut (dan keluarganya), satu pertiga mestilah dibahagikan di kalangan saudara-mara/jiran-tetangga dan satu pertiga haruslah disedekahkan kepada golongan miskin


11- Semua bahagian haiwan yang dikorbankan boleh digunakan untuk manfaat peribadi tetapi tiada yang boleh dijual atau diberikan sebagai bayaran (walaupun kepada penyembelih sebagai upahnya). Jika tidak, amalan korban tersebut akan menjadi tidak sah. (Sahih Al-Jami: 6118)

 



Kesimpulan:

 

Maka nikmatilah perayaan ini dengan makan dan mengucapkan kesyukuran kepada  Allah untuk rahmatNya serta peluang yang diberikan bagi memenuhi Sunnah Nabi Ibrahim (A.S.). Tetapi jangan dilupakan saudara seIslam anda yang tidak bernasib baik yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyambut perayaan yang dirahmati ini.

 


Selain itu, ingatilah kami dan seluruh umat Islam di dalam Doa anda pada Hari Raya yang istimewa ini.

  


Hari-hari Istimewa dalam Islam

Contact Us

Thanks for reaching out. We'll get back to you soon.

Improve your location’s accuracy

Sometimes we might have trouble finding where you are located. Having your current location will help us to get you more accurate prayer times and nearby Islamic places. Here are some things you can do to help fix the problem.

  1. In the top right, click More
  2. Click Settings and then Show advanced settings.
  3. In the "Privacy" section, click Content settings.
    1. In the dialog that appears, scroll down to the "Location" section. Select one of these permissions:
    2. Allow all sites to track your physical location: Select this option to let all sites automatically see your location.
    3. Ask when a site tries to track your physical location: Select this option if you want Google Chrome to alert you whenever a site wants to see your location.
    4. Do not allow any site to track your physical location: Select this option if don't want any sites to see your location.
  4. Click Done.
  1. Open System Preferences and then Security & Privacy Preferences and then Privacy and then Location Services.
  2. To allow for changes, click the lock in the bottom left.
  3. Check "Enable Location Services."
  1. Turn on location
    1. On your phone or tablet, open the Settings app.
    2. Tap Location.
    3. At the top, switch location on.
    4. Tap Mode and then High accuracy.
    If you still get an error when you open IslamicFinder, follow the step 2.
  2. Open Chrome
    1. In the top right, tap More
    2. Tap Settings.
    3. Under "Advanced", tap Site Settings
    4. Tap Location. If you see a toggle, make sure it turned on and blue.
      1. If you see "Location access is turned off for this device," tap the blue words > on the next Settings screen, tap the toggle to turn on location access.
      2. If you see "blocked" under "Location," tap Blocked > tap IslamicFinder > Clear & reset.
    5. Open IslamicFinder in your mobile browser and refresh the web page
    If you're using a browser other than Chrome, visit your browser's help center by visiting their website.
  1. Turn on location
    1. Open Settings app.
    2. Tap Privacy > Location Services > Safari Websites.
    3. Under "Allow Location Access," tap While Using the app.
  2. Give current location access on your browser
      Safari
    1. Open settings app.
    2. Tap General > Reset.
    3. Tap Reset Location & Privacy.
    4. If prompted, enter your passcode.
    5. You will see a message that says "This will reset your location and privacy settings to factory defaults." Tap Reset Settings.
    6. Open Safari
    7. Go to IslamicFinder
    8. To give Safari access to your location, tap Allow or OK
    9. To give IslamicFinder access to your location, tap OK
  3. If you are using a browser other than Safari, visit your browser's help center by visiting their website.