Aidilfitri 2024
Aidilfitri 2024
BILAKAH AIDILFITRI 2024?
Tahun ini, Aidilfitri 2024 dijangka akan disambut pada hari Rabu, 10 April 2024. Walau bagaimanapun, tarikhnya yang tepat adalah tertakluk pada penampakan anak bulan Syawal, 1445, iaitu bulan ke-10 di dalam kalendar Islam.
APAKAH AIDILFITRI?
Aidilfitri, juga dikenali sebagai ’عيد الفطر’ di negara-negara Arab dan Asia merupakan sebuah perayaan unik kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan. Aidilfitri ialah ganjaran Allah kepada orang-orang yang beriman yang telah berpuasa di bulan suci tersebut. Inilah juga masanya orang-orang beriman mengucapkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan mereka peluang dan kekuatan untuk melakukan perintahNya ketika bulan Ramadan yang diberkati. Secara tradisinya, Aidilfitri disambut selama tiga hari di kebanyakan negara Islam di dunia.
Kedua-dua Aidilfitri dan Aidiladha mempunyai kepentingan yang besar di dalam Islam sebagaimana dinyatakan di dalam hadis berikut:
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik (R.A.), yang berkata:
“Allah telah memberikanmu yang lebih baik daripada perayaan-perayaan tersebut (perayaan yang disambut oleh mereka yang tidak beriman): ‘Aidiladha’ dan ‘Aidilfitri’”
(An-Nasai: 1556)
Ingatlah satu perkara bahawa berpuasa semasa hari raya cth, Aidilfitri dan Aidiladha adalah dilarang sebagaimana dinyatakan di dalam hadis berikut:
Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri (R.A.) bahawa Rasulullah (S.A.W.) bersabda:
"Tiada puasa yang dibenarkan pada dua hari raya iaitu Aidilfitiri dan Aidiladha.”
MENYAMBUT AIDILFITRI:
Memandangkan ia perayaan keagamaan, oleh itu umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa ini dengan penuh bersemangat. Sambutan di setiap negara adalah berlainan disebabkan adanya pengaruh tradisi. Umat Islam di seluruh dunia memulakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan solat Hari Raya. Selepas solat, mereka akan mengucapkan selamat Hari Raya antara satu sama lain. Setiap orang mendapat pakaian baru yang dijahit atau dibeli khas untuk sambutan istimewa ini kerana setiap orang mahu kelihatan yang terbaik pada hari tersebut. Hari Raya diluangkan bersama keluarga dan sahabat-handai ketika bersama-sama menjamu selera dan bertukar hadiah.
Aidilfitri adalah tempoh bahagia dan penuh dengan keseronokan; dan ini juga dinyatakan di dalam hadis berikut:
Dari Aisha (R.A.) yang meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W.) bersabda kepada Abu Bakr (R.A.) (pada hari raya apabila Abu Bakr (R.A.) ternampak dua orang budak perempuan sedang menyanyikan kisah-kisah mengenai Hari Buath di Madinah):
“….. Wahai Abu Bakar! Setiap orang mempunyai perayaan mereka sendiri dan ini adalah perayaan kita.”
Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa Pesuruh Allah (S.A.W.) berkata kepada Abu Bakar (R.A.):
“Biarkanlah mereka wahai Abu Bakar, kerana hari ini adalah hari raya.”
SOLAT HARI RAYA:
Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan hukum solat hari raya. Namun, seluruh umat Islam harus menghadiri solat kedua-dua hari raya kerana kebanyakan ulama, berasaskan kepada bukti yang kukuh, berpendapat bahawa hukumnya adalah wajib (mesti dilakukan). Satu daripada tujuan di sebalik solat hari raya adalah untuk menyediakan peluang kepada lebih ramai umat Islam supaya menghadiri solat berjemaah dalam suasana ketaatan dalam agama. Selain daripada bersolat, khutbah Hari Raya (selepas solat Hari Raya) juga telah dijadikan sebahagian perkara penting pada perjumpaan dan solat ini.
- Ia penting dan wajib kepada umat Islam untuk membayar ‘Zakat fitrah’ sebelum menunaikan solat Hari Raya. (Sahih Bukhari: 1511)
- Waktu solat Hari Raya bermula dari matahari berada tiga meter di atas horizon sehinggalah matahari mencapai meridiannya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik menunaikan solat di awal waktu selepas matahari terbit. (Abu Dawud: 1135)
- Solat Hari Raya dilakukan tanpa ‘Iqamat’ atau ‘Azan’. [Sahih Muslim: 885 (b)]
- Solat Hari Raya adalah sebanyak dua rakaat (solat dua rakaat) dan takbir (Allahu akhbar) disebut sebanyak tujuh kali. (Abu Dawud: 1149)
- Bahagian-bahagian lain di dalam solat hari raya adalah sama dengan solat harian yang biasa.
- Selepas siap bersolat, adalah sunat (beberapa ulama mengatakan ia Wajib) untuk mendengar khutbah selepas solat Hari Raya. Oleh itu, kita mestilah mendengar khutbah Imam sehingga habis bagi melengkapkan solat Hari Raya.
Selepas mendengar khutbah, umat Islam memberi ucapan kepada satu sama lain dengan ucapan seperti ‘Selamat Hari Raya’, dan عيد مبارك dll. Namun begitu, ucapan Hari Raya yang biasanya diucapkan oleh umat Islam kepada rakan-rakan mereka ialah ‘Selamat Hari Raya’.
Sunnah Solat Hari Raya:
Umat Islam hendaklah mengikuti ajaran Rasulullah (S.A.W.) dalam setiap aspek kehidupan. Begitu juga dengan solat Hari Raya. Berikut adalah perkara-perkara sunnah yang dilakukan oleh Nabi (S.A.W.) yang mesti diikuti oleh setiap umat Islam:
1- Mandi atau mengambil wuduk sebelum pergi bersolat.
2- Menggosok gigi (Miswaak).
3- Anda mesti memakai pakaian terbaik anda pada hari ini.
4- Pakai pewangi.
5- Makan kurma dalam jumlah ganjil sebelum pergi menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri. (Sahih Bukhari: 953)
6- Pastikan anda sudah membayar zakat fitrah sebelum menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.
7- Sebut ‘Takbeer’ berikut semasa pergi dan pulang dari solat Hari Raya:
اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar, Allaahu akbar, Allahu akbar laa ilaaha ill-Allaah, wa Allaahu akbar, Allaah akbar, wa Lillaah il-hamd
(Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Toada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan kepada Allah segala pujian)
(Irwa Al Ghalil: 3 / 125)
8- Mendengar Khutbah selepas menunaikan solat Hari Raya. (An-Nasai: 1517)
9- Gunakan jalan yang berlainan semasa pergi dan pulang dari solat Hari Raya. (Sahih Bukhari: 986)
ZAKAT FITRAH:
Diriwayatkan oleh Ibn Umar (R.A.) bahawa:
“Pesuruh Allah (S.A.W.) menjadikan ia wajib ke atas semua umat Islam atau hambaNya, lelaki atau perempuan, untuk membayar satu sa’ kurma atau barli sebagai zakat fitrah.”
Menurut hadis di atas, Zakat Fitrah atau Sadaqat-ul-Fitr (atau fitrah/fitrana) adalah wajib ke atas setiap umat Islam termasuk yang hamba, mereka yang merdeka, lelaki, wanita, yang muda, yang baru lahir, dan yang tua. Kewajipan zakat fitrah ke atas seorang Muslim adalah sama dengan nisab zakat biasa (Nisab ialah had pengecualian untuk pembayaran Zakat).
Sila KLIK DI SINI untuk Kalkulator Zakat
Jumlah Sadaqa Al-Fitr yang diberikan oleh setiap orang adalah jumlah minima atau sama dengan satu sa’ gandum / barli / kurma. Sa’ ialah ukuran jumlah zaman kuno dan yang paling dipersetujui adalah satu sa’ bersamaan dengan kira-kira 2.25-2.5 KG. Walau bagaimanapun, ulama-ulama Islam di seluruh dunia biasanya mengumumkan jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar ketika Ramadan.
Sebagaimana di dalam zakat biasa, Zakat fitrah diagihkan di kalangan fakir dan umat Islam yang memerlukan. Sadaqat-ul-Fitr lebih digalakkan supaya diberikan dahulu kepada saudara-mara yang memerlukan, kemudian kepada jiran tetangga yang memerlukan dan selepas itu kepada umat Islam yang memerlukan yang lain.
Zakat fitrah mesti dibayar sebelum solat Hari Raya.
KESIMPULAN:
Jadi nikmatilah perayaan ini kerana anda boleh menyambut sepanjang hari tersebut bersama ahli keluarga dan sahabat-handai, menjamu selera, asalkan anda tidak melupakan saudara-mara seagama yang kurang bernasib baik dan tidak mampu menyambut perayaan yang penuh keberkatan ini.
Juga, Ingatlah kami dan seluruh umat Islam
di dalam doa anda.
Contact Us